ABK: JDT layak menang Pasukan Terbaik

Hasil kejayaan merangkul kejuaraan untuk 6 musim berturut-turut selain turut menjulang Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih bagi musim 2019 melayakkan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dianugerahkan Pasukan Terbaik dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK19).

Kemenangan ini tidak boleh dipertikaikan atas usaha keras yang dilakukan termasuk persembahan para pemain sehingga dinobatkan pemenang untuk beberapa kategori utama yang dipertandingkan.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, berdiri dan sut
Pasukan Terbaik menjadi milik JDT. FOTO JST

JDT menamatkan saingan Liga Super dengan 16 kemenangan, 5 seri dan 1 kekalahan dengan 53 mata meninggalkan Pahang di kedudukan Naib Juara dengan 43 mata. JDT turut cemerlang di saingan Piala Malaysia dengan menang 10 perlawanan dan 1 seri dari 11 perlawanan maksimum termasuk perlawanan Akhir.

Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum
JDT mendominasi kategori utama ABK19. FOTO JST

JDT yang merupakan satu-satunya Kelab dari Malaysia beraksi di pentas AFC Champions League turut membuat kejutan menewaskan juara bertahan, Kashima Antlers.

Kejayaan ini juga turut melibatkan pasukan kedua yang memenangi Piala Cabaran selain menjadi Naib Juara Liga Premier 2019 diikuti kejuaraan berganda buat skuad pembangunan.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, sut
JDT turut mengekalkan kemenangan Penyokong Terbaik. FOTO JST

JDT turut memenangi Anugerah bagi kategori Laman Web Terbaik dan Media Sosial Terbaik selain Penyokong Terbaik juga menjadi milik JDT.

Berikut keputusan penuh ABK 2019 (Individu) :

  • Pemain Paling Bernilai : Safawi Rasid (JDT)
  • Penyerang Terbaik : Safawi Rasid (JDT)
  • Pemain Tengah Terbaik : Mohamadou Sumareh (Pahang)
  • Pemain Pertahanan Terbaik : Shahrul Saad (Perak)
  • Penjaga Gol Terbaik : Farizal Marlias (JDT)
  • Pemain Import Terbaik : Diogo Santo (JDT)
  • Pemain ASEAN Terbaik : Hariss Harun (JDT)
  • Pemain Muda Terbaik : Akhyar Rashid (JDT)
  • Jurulatih Terbaik : Dollah Salleh (Pahang)
  • Anugerah Mesra Media : B. Sathiananthan (Selangor)
  • Kasut Emas : Fernando Rodriguez (Kedah)
  • Penjaring Terbanyak Liga Super (Import) : Kpah Sherman (PKNS) – 14 gol
  • Penjaring Terbanyak Liga Super (Tempatan) : Safawi Rasid (JDT) – 8 gol
  • Penjaring Terbanyak (Liga Perdana): Zarko Korac (UiTM FC) – 13 gol
  • Penjaring Terbanyak Tempatan (Liga Perdana): Bobby Gonzales (Sarawak) – 9 gol
  • Pemain Terbaik AFL M3: Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi (Kelantan United FC)
  • Anugerah Pengadil Berpotensi: Tuan Mohd Yassin Tuan Mohd Hanafiah
  • Anugerah Persahabatan: Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David
Berikut keputusan penuh ABK 2019 (Pasukan) :
  • Pasukan Terbaik : JDT
  • Laman Web Terbaik : JDT
  • Laman Media Sosial Terbaik : JDT
  • Fair Play : Terengganu FC II
  • Pasukan AFL M3 Terbaik : Armed Forces FC
  • Anugerah Komuniti: The Ohana Project
Kesebelasan Pilihan Penyokong :
  • Jurulatih :
    Aidil Sharin Sahak (Kedah)
  • Penjaga Gol :
    Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah)
  • Pertahanan :
    Rizal Ghazali (Kedah),
    Shakir Hamzah (Kedah),
    Renan Alves (Kedah),
    La’ Vere Corbin Ong (JDT)
  • Pemain tengah:
    Lee Tuck (Terengganu FC)
    Baddrol Bakhtiar (Kedah)
    Brendan Gan (Perak)
  • Penyerang
    Safawi Rasid (JDT)
    Diogo Luis Santo (JDT)
    Akhyar Abdul Rashid (JDT)