ABK: Safawi menang lagi untuk Pemain Paling Bernilai

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019 (ABK2019) untuk kali ke-2 berturut-turut yang membawa pulang Trofi dan Wang Tunai RM10,000.

Berbeza dengan tahun lalu, Safawi yang menang kategori Pemain Tengah Terbaik, turut memenangi bagi kategori Penyerang Terbaik menewaskan Penyerang dari Pahang, Norshahrul Idlan Talaha dan J. Partiban dari Perak.

Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum
Foto: JOHOR Southern Tigers

Selain itu dalam kategori pilihan, Safawi turut dipilih sebagai Pemain Paling Popular dan Kesebelasan Pilihan Penyokong (Fan XI) selain memenangi kasut emas bagi kategori pemain tempatan (Liga Super).

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang berdiri dan sut
Safawi memenangi Penyerang Terbaik yang membawa pulang Trofi dan wang tunai RM3,000. FOTO: JST

Pemain-pemain JDT yang turut memenangi ABK2019 adalah Pemain Import Terbaik milik Diogo Santo, Pemain ASEAN Terbaik dimenangi Hariss Harun dan Penjaga Gol Terbaik menjadi milik Farizal Marlias yang kedua-duanya turut memenangi kategori sama tahun lalu. Turut dimenangi Pemain Muda Harapan, Akhyar Rashid.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri dan sut
Penjaga Gol Terbaik milik Farizal Marlias. FOTO: JST
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, berdiri dan sut
Setiausaha Kehormat JDT, Kapten Anizam bersama trofi Pasukan Terbaik. FOTO: JST

Dalam pada itu, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) turut memenangi Pasukan Terbaik, Laman Web Terbaik, Media Sosial Terbaik dan Penyokong Terbaik. Kejayaan ini hasil dari kejuaraan Liga Super musim 2019 dan merupakan kejuaraan untuk enam (6) musim berturut-turut selain memenangi Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.