ACL 2019: JDT beri tentangan sebelum tewas

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terus beri tentangan kepada kelab lawan dalam saingan AFC Champions League musim 2019. JDT yang berupaya mengawal sepenuhnya serangan Shandong Luneng sebelum tewas 1-2 kepada Kelab dari Jinan itu.

JDT bukanlah dilihat sebagai lawan yang boleh memburu lebih bangak gol, sebaliknya JDT mampu menggugat keangkuhan lawan untuk mengutip mata. JDT hampir mengutip mata pada minit-minit akhir perlawanan, namun sepakan percuma Cabrera hanya singgah mengenai palang. Kalau gol tu dah seri 2-2.

JDT bermula perlahan, cuba mencari rentak permainan lawan dengan kawalan bola yang kemas dan menghiburkan. Berjaya menangkis serangan bertubi penyerang daripada menembusi gawang yang dipikul oleh Farizal Marlias.

Gol tuan rumah terjadi apabila sepakan sudut berjaya ditanduk kemas dengan teknik tersendiri oleh pemain berpengalaman yang juga bekas pemain Manchester United, Fellaini pada minit 30.

Kesilapan Aidil Zafuan yang menjatuhkan Pellé mengundang pengadil memberikan sepakan penalti buat tuan rumah dan mudah disempurnakan oleh Pellé meskipun Farizal Marlias hampir berjaya menampan bola.

Babak kedua perlihat perubahan strategi dengan kawalan penguasaan bola yang lebih tersusun. Permainan terbuka oleh pasukan tuan rumah memberi peluang buat JDT mencari gol.

Ianya disempurnakan oleh Safawi Rasid pada minit 58 yang melepaskan rembatan terus ke penjuru gawang untuk menewaskan penjaga gol Shandong Luneng. Gol Safawi ini juga mendapat pujian pengulas dengan mengklasifikasikan sebagai gol kelas dunia.

JDT masih pada kedudukan tercorot liga dengan 1 mata dalam 3 perlawanan pertama. Peluang JDT untuk mara ke pusingan seterus jika dilihat perlu menang ke atas ketiga-tiga perlawanan terakhir.

Walaupun laluan sempit, JDT tetap akan beri persembahan terbaik dan tidak mustahil JDT mampu bangkit dengan kelebihan baki 2 perlawanan adalah di laman sendiri iaitu di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos.

JDT akan menerima kunjungan Shandong Luneng pada 24 April ini.

Featured Photo: JOHOR Southern Tigers