ACL 2019: JDT buat kejutan benam juara bertahan

Akhirnya kemenangan pertama yang dicari terhasil apabila JDT buat kejutan benam pasukan elit Jepun, Kashima Antlers dengan jaringan 1-0. Lebih menarik, Kashima adalah merupakan juara bertahan.

JDT turun dengan barisan terbaik meskipun ketiadaan Diogo Santo akibat pergantungan tidak mempunyai masalah untuk mencipta peluang jaringan. Trio Safawi – Cabrera – Syafiq ternyata menjadi duri buat pertahanan kelab jepun tersebut.

Merujuk kepada statistik yang dikongsikan oleh laman AFC Champions League, menunjukkan JDT tampil bertenaga mencipta 15 kali percubaan gol dan 3 daripada menemui ke arah gol. 1 daripadanya menerjah jaring. JDT seperti biasa bermain mengikut rentak dan konsistensi dan penguasaan bola yang baik.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Syafiq Ahmad pada minit 68 dengan gerakan solo sebelum bawa masuk bola ke kotak penalti dan melepaskan rembatan terus menerjah jaringan pelawat.

JDT terus mempunyai deretan peluang melalui Safawi Rasid, dengan 2 kali rembatan melepasi palang dan berjaya ditepis penjaga gol.

Tersentak dengan gol tuan rumah, Kashima yang pada awal babak kedua tampak keletihan, terpaksa berkerja keras dan terus berusaha untuk memburu gol penyamaan.

Persembahan terbaik Izham yang menyelamatkan serangan pelawat juga hampir dibolosi pada minit-minit akhir perlawanan, tetapi gagal disempurnakan dengan baik. Keputusan tersebut kekal sehingga wisel penamat ditiupkan.

JDT yang sebelum ini tewas 1-2 kepada Kashima di Jepun mempunyai kelebihan untuk mara ke 16 terbaik dengan perlu menewaskan Gyeongnam di Korea selain mengharapkan Shandong Luneng terus konsisten untuk menyingkirkan juara bertahan.

Cabaran getir buat JDT apabila bertemu Gyeongnam pada 26 Mei ini dengan waktu sepak mula jam 6.00petang (waktu tempatan) di saat kita masih dalam bulan Ramadhan. Namun sebagai musafir… (sambunglah sendiri.. Hehe). Sama-sama doakan kejayaan JDT di pentas ACL.