ACL 2019: JDT tewas tipis kepada Shandong Luneng

JDT tewas tipis kepada Shandong Luneng pada perlawanan keempat Kumpulan E, AFC Champions League sekaligus memperlihatkan kesukaran untuk terus bersaing di peringkat seterusnya.

JDT yang menurunkan skuad kedua (50-50) berjaya mengawal rentak hampir keseluruhan permainan dengan bertali arus serangan hanya tertewas 1 gol.

JDT yang semakin matang dalam pertandingan di peringkat asia, nampak bersahaja mengucar kacir barisan pertahanan Shandong dan berjaya mencipta beberapa peluang.

Hampir separuh JDT menurunkan skuad muda ternyata mampu menandingi, mengasak lawan yang masing-masing dengan fizikal berbeza dengan pemain JDT. Antaranya Syamer Kutty, Nazmi Faiz, Akhyar Rashid, Syafiq Ahmad, Azrif Nasrulhaq, dan Penjaga gol Izham Tarmizi.

Tanpa kita sedari juga, kekalahan tipis 1-0 juga memperlihatkan pertaruhan JDT hanya meletakkan seorang sahaja pemain import berbanding lawan. Separuh masa pertama Diogo Santo, manakala separuh masa kedua Gonzalo Cabrera.

Kemasukkan Safawi Rasid, Hazwan Bakri, juga menambahkan pemain muda dan pemain tempatan untuk mencipta kejutan.

Pujian harus diberikan secara keseluruhan kepada pemain kerana mempamerkan permainan yang cukup baik walaupun tiada percubaan ke arab gol.

Berbaki 2 perlawanan, JDT akan menerima kunjungan Kashima Antlers di Larkin dan Gyeongnam FC di Korea.