ACL 2019: Kashima Antlers layak ke Suku Akhir

Penyandang Juara, Kashima Antlers mengesahkan kedudukan untuk ke suku akhir apabila menundukkan kelab senegara, Sanfrecce Hiroshima pada aksi pusingan ke-16, Liga Juara-Juara AFC 2019 melalui jaringan tempat lawan.

Meskipun tewas 2-3 kepada Sanfrecce Hiroshima pada aksi kedua semalam, Kashima layak menerusi aggregate 3-3 selepas menang 1-0 pada aksi pertama.

Satu lagi perlawanan, Shandong Luneng gagal melayakkan diri ke suku akhir selepas tewas kepada Guangzhou Evergrande menerusi penentuan sepakan penalti 5-6 selepas kedua-dua terikat 4-4 secara aggregate.

Shandong Luneng yang menang 2-1 ke atas Guangzhou Evergrande sehingga membawa kepada masa tambahan yang tamat 3-2, Guangzhou membuktikan mereka lebih layak untuk berada di pentas suku akhir untuk bersama-sama Kashima Antlers.

Dua lagi perlawanan akan berlangsung malam ini antara Ulsan Hyundai menentang Urawa Red Diamonds dan Jeonbuk Hyundai Motor menentang Shanghai SIPG bagi melengkap 2 lagi slot suku akhir bagi zon Asia timur.