ACL 2019: lapan pasukan sah layak ke Suku Akhir

Lapan pasukan telah pun mengesahkan layak ke Suku Akhir, AFC Champions League 2019 dengan masing-masing 4 pasukan dari Zon Timur dan Barat.

Juara bertahan, Kashima Antlers dan Juara musim 2018 yang juga kelab dari Jepun, Urawa Red berada dalam saingan bersama-sama dengan dua kelab dari China, Guangzhou Evergrande dan Shanghai SIPG bagi pasukan Zon Timur.

Kelab dari Arab Saudi, Al-Hilal melengkapkan 4 pasukan dari zon Barat bersama-sama kelab senegara, Al-Nassr dan Al-Ittihad serta kelab dari Qatar, Al-Sadd.

Al-Hilal menewaskan Al-Ahli dengan aggregate 4-3 walaupun tewas 0-1 di laman sendiri.