ACL: JDT diundi dalam Group G bersama juara CSL

Image

Juara Liga Super Malaysia untuk 7 musim berturut-turut, Johor Darul Ta’zim FC telah diundi bersama Juara CSL, Jiangsu Suning bagi saingan AFC Champions League 2021. Turut sama-sama dalam group tersebut pemenang tempat ketiga JLeague 2020, Nagoya Grampus dan Pemenang Playoff antara Pohang Steelers dari Korea Selatan atau Ratchaburi Mitr Phol dari Thailand.

Keputusan penuh diumumkan selepas undian dibuat dalam satu majlis di Ibu Pejabat AFC di Kuala Lumpur. Musim 2021 menyaksikan format baharu yang diperkenalkan oleh AFC dengan penyertaan kini mencapai 40 pasukan berbanding 32 sebelum ini. Ianya melibatkan 20 pasukan dari zon barat dan 20 pasukan dari timur. Format baharu ini menunjukkan pertambahan 8 pasukan dengan 5 kumpulan bagi setiap zon.

Kejohanan AFC Champions League 2021 akan memulakan aksi sepak mula pada 7 April dengan Preliminary Stage diikuti Play-off sehingga 14 April. Bagi saingan peringkat kumpulan akan dilangsungkan secara berpusat iaitu bermula 14 hingga 30 April bagi zon barat manakala 21 April hingga 7 May bagi zon timur melibatkan 6 perlawanan.

Pusingan 16 (13-15 September), Quarters Final (27-29 September), Semi Final (19-20 Oktober) diikuti Semi Final kedua (26-27 Oktober). Aksi Final berlangsung pada 21 November dan 27 November bagi aksi kedua.

Juara bertahan, Ulsan Hyundai diundi dalam group F bersama-sama dengan Juara Thai League, BG Pathum United dan Viettel FC dari Vietnam selain pemenang playoff.

Berikut keputusan penuh peringkat kumpulan Saingan AFC Champions League bagi musim 2021. Sumber: AFC.com