ACL: TMJ letak target layak Suku Akhir

Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah berkongsi sasaran baginda skuad JDT dalam saingan AFC Champions League (ACL) musim ini yang merupakan tahun ke 3 beraksi di peringkat kumpulan.

TMJ menerusi Story Instagram dalam sesi Ask me a question menyatakan target JDT dapat melepasi peringkat kumpulan dan melayakkan diri ke peringkat suku akhir dalam saingan AFC Champions League.

Peringkat Kumpulan
Sumber Gambar: Instagram Story TMJ

“Melepasi peringkat kumpulan dan harapnya layak ke peringkat suku akhir. Ianya satu sasaran yang realistik. Sukar untuk dilakukan tetapi tiada apa yang mustahil,” petikan dalam IG Story TMJ.

Musim lalu, JDT terpaksa menarik diri dari kejohanan AFC Champions League berikutan sekatan yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia dengan tidak membenarkan warganegara keluar negara susulan pandemik COVID-19. Sebelum menarik diri, JDT hanya sempat mengharungi 2 perlawanan dengan berjaya cipta 1 kemenangan dan 1 kekalahan.

Keputusan undian musim 2021 menyaksikan, JDT berada dalam kumpulan G bersama dengan juara Liga Super China (CSL), Jiangsu Suning dan Pemenang tempat ketiga JLeague, Nagoya Grampus.

Satu lagi pasukan dalam kumpulan akan ditentukan menerusi saingan play-off yang akan melibatkan kelab dari Thailand, Ratchaburi Mitr Phol dan kelab Korea Selatan, Pohang Steeler.