AFC periksa Stadium Sultan Ibrahim

Delegasi konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) turun ke Stadium Sultan Ibrahim bagi membuat pemeriksaan ke atas semua fasiliti, padang dan keperluan untuk menjadi venue rasmi bagi pasukan tuan rumah Johor Darul Ta’zim (JDT) di kejohanan AFC Champions League 2020.

Kehadiran delegasi disambut oleh pengurusan JDT sebelum membawa meninjau keseluruhan stadium termasuk bilik persalinan, media, perubatan, kawasan tuan rumah dan pelawat, dan padang.

Sebelum diberikan kelulusan oleh AFC, mana-mana stadium perlu memenuhi piawaian standart yang disyaratkan sebelum boleh dibenarkan beraksi termasuk Stadium Sultan Ibrahim yang bakal dilancarkan pada 22 Februari ini.

Image may contain: 4 people, people standing and outdoor

JDT pastinya tidak berdepan masalah, oleh kerana pengalaman JDT dalam pengurusan dan keperluan yang disyaratkan AFC atas penglibatan dalam kejohanan AFC Cup dan AFC Champions League.

Untuk rekod, JDT melepasi piawaian standart yang dibenarkan oleh AFC untuk Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos dan Stadium MPPG, Pasir Gudang.

Image may contain: 4 people, people standing
Image may contain: 1 person, sitting and indoor

FOTO: JOHOR Southern Tigers.