AFC U23: Malaysia gagal layak meskipun kekal rekod tanpa kalah

Keputusan seri 2-2 ke atas China PR pada perlawanan terakhir Kumpulan J kelayakkan AFC Championship U23 2020 Thailand di Stadium Shah Alam mengesahkan pintu penyertaan sudah tertutup.

Ianya turut disertai skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee gagal berada di kelompok 4 terbaik selepas perlawanan terakhir bagi lain-lain kumpulan juga sekadar seri.

Ia merujuk kepada kiraan mata dan kiraan gol yang dimiliki Malaysia gagal untuk menyaingi pasukan di asia barat. Secara matematik kegagalan Malaysia adalah disebabkan kemenangan tipis 1-0 keatas Laos.

Ianya ditambah Laos yang bangkit menewaskan Filipina 3-2 walapun pada satu ketika ketinggalan 0-2.

Datuk OKS mengakui kesilapan apabila menurunkan beberapa pemain gantian sebagai kesebelasan utama ketika menentang Laos, dan gagal menyudahkan gol dengan jaringan lebih besar walupun deretan peluang terhidang.

Gol kemenangan juga disumbangkan oleh Safawi Rasid yang masuk sebagai pemain gantian pada minit 81′.

Pada aksi terakhir, Malaysia juga seakan sudah melangkah ke pusingan akhir dengan terlebih dahulu didepan sebanyak 2 kali. Namun China bangkit mencari ruang untuk menyamakan kedudukan.

Berbaki 8 minit sahaja, China meranapkan impian Malaysia sekaligus mengelak daripada tersingkir dan nyata keputusan tersebut yang membuatkan Malaysia tersingkir.

Apapun tahniah diucapkan kepada skuad muda Kebangsaan yang berjaya pamer aksi memberangsangkan dan beri tentangan kepada China yang dilabel sebagai pasukan Pilihan untuk layak.

Tahniah Malaysia B23!