Meskipun hanya menang 1-0 ke atas Laos, itu sudah cukup untuk Malaysia B23 mengutip 3 mata berharga selepas menyingkirkan Laos B23 di Stadium Shah Alam.
Safawi Rasid yang masuk sebagai pemain gantian berjaya mencatat nama selaku penjaring pada minit 81 sekaligus memastikan kemenangan milik Malaysia.
Beberapa perubahan kesebelasan utama dilakukan oleh Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee dengan menurunkan Nik Azli dan Faisal Halim di jentera serangan selain Akhyar Rashid beraksi di posisi tengah menyerang.
Beberapa peluang terhidang di babak pertama namun digagalkan dengan ketumpulan daya penyudah dan kawalan bola. Laos juga turut berpeluang mengejutkan keadaan dengan serangan-serangan bahaya.
Malaysia B23 akan turun menentang China PR B23 pada Selasa untuk mengesahkan layak ke Kejohanan Kejuaraan AFC Bawah 23 2020 di Thailand. Jika tewas, Malaysia perlu melihat kedudukan dikalangan 4-5 pasukan terbaik Naib Juara kumpulan.
Jaringan gol yang besar juga sangat-sangat diharapkan untuk berada di kelompok teratas Naib Juara kumpulan, namun hanya 4 gol berjaya dihasilkan berbanding pasukan Asean yang lain seperti Myanmar, Vietnam, Thailand yang telah meledak 8-9 gol.
Foto: @FAMalaysiaOfficial
2020 AFC U-23 Championship Qualifiers | Sunday, 24 March 2019
Full Time
LAOS 0-1 MALAYSIA
Safawi Rasid 81'#FAM #HarimauMalaya #AFCU23 pic.twitter.com/NECIw73yxd— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 24, 2019