Airmarine Cup 2019: Malaysia gagal ke Final

Kejohanan Sulung 4 Penjuru Piala Airmarine 2019 menyaksikan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe gagal membawa Malaysia ke pentas Final selepas tewas tipis 0-1 kepada Singapura sebentar tadi.

Malaysia yang turun dengan kesebelahan terbaik berjaya mencipta banyak peluang di babak pertama dan kedua namun gagal disempurnakan bahagian serangan meskipun menguasai 52% perlawanan.

Singapura meledak gol tunggal menerusi Faris Ramli pada minit ke 82, selepas menerima lorongan cantik menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Singapura akan bertemu Oman di pentas Final pada 23 Mac ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Oman berjaya ke Final selepas membelasah Afganistan 5-0 pada perlawanan lewat petang tadi.

Dengan kekalahan pada malam ini, Malaysia akan bertemu Afganistan pada 23 Mac di Stadium Nasional Bukit Jalil pada sebelah petang bagi penentuan tempat ke3 dan ke4.

Apapun tahniah diucapkan kepada skuad kebangsaan atas persembahan yang diberikan. Terima kasih juga kepada penyokong yang hadir.

Foto: @FAMalaysiaOfficial