Akhirnya JDT kecundang di Stadium Larkin

Pertembungan JDT dan Petaling Jaya City FC akhirnya telah menamatkan rekod tanpa kalah skuad Harimau Selatan di Stadium Tan Sri Dato’ Hassan Yunos Larkin selepas tewas 1-0 sekaligus gagal untuk menyamai rekod musim 2016.

Kekalahan itu juga menamatkan rekod tanpa selama 75 perlawanan sejak musim 2013 di laman sendiri.

JDT yang turun beraksi tanpa kelibat Corbin Ong, Afiq Fazail dan Mauricio sepertimana biasa pada separuh masa tidak berdepan masalah mengekang asakan lawan dan sentiasa menyerang bertubi ke kubu lawan.

Sehingga pada minit 64, Gawang JDT akhirnya dibolosi menerusi Brandao yang mudah menewaskan Farizal Marlias. Tersentak dengan gol tersebut, pemain pelawat terus mengaktifkan taktikal bertahan secara keseluruhan dengan dibarisi hampir 6-7 pertahanan dan hanya dibekalkan 2 tengah dan 1 penyerang.

JDT tidak berputus asa dan terus menerus dengan beberapa percubaan antara menerusi Fadhli Shas yang mempunyai peluang namun rembatannya tersasar. Peluang juga terhidang buat Diogo menerusi tandukan, juga sedikit melewati palang selain percubaan rembatan Safawi, Cabrera yang berjaya ditepis keluar penjaga gol.

Keputusan 0-1 kekal sehingga tamat perlawanan, dan akhirnya JDT kecundang di laman sendiri setelah mengekalkan rekod tanpa di homeground selama 75 perlawanan sejak 2013.

Ini merupakan rekod baharu bolasepak Malaysia.