Akhyar ikat kontrak 4 tahun dengan kos RM12juta

Penyerang baharu JDT, Akhyar Rashid disahkan mengikat kontrak selama 4 tahun sehingga 2022. Akhyar merupakan satu-satu pemain tempatan yang dibawa masuk ke kem JDT ketika ini merupakan antara tenaga muda yang perlu digilap untuk tingkatkan prestasi sekaligus membantu pasukan.

Menurut JDT Sporting Director, Martin Prest, JDT juga telah menambah klausa pelepasan perpindahan bernilai RM12,000,000 ke atas kontrak Akhyar.

Ianya selaras dengan projek pembangunan kelab yang akan mengilap pemain-pemain untuk disumbangkan kepada pasukan dan skuad kebangsaan (jika terpilih).

Antara pemain-pemain muda dalam projek pembangunan kelab adalah Safawi Rasid, Dominic Tan, Syamer Kutty, Haziq Nadzli, dan ramai lagi. Safawi antara pemain muda yang menyerlah sehingga dinobatkan Pemain Paling Bernilai ABK 2018 selain penjaring gol tertinggi dikalangan pemain tempatan di JDT.

Safawi Rasid sewaktu mula melapor diri di Kem JDT. Foto: JST

Dalam perkembangan lain, Martin juga turut memberitahu bahawa JDT akan menambah bayaran yuran pembangunan yang perlu dibayar kepada bekas majikan Akhyar sebanyak RM25,000 menjadikan jumlah keseluruhan RM100,000.