Antara lima pemain terbaik dunia Sukan Polo jalani latihan di JDT

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor meluangkan masa menjalani latihan bersama Gonzalo Pieres, pemain polo Johor Ellerstina yang juga pemain polo nombor dua terbaik dunia dan ahli keluarga pasukan Johor Ellerstina yang lain iaitu Facundo Pieres, Pablo Pieres dan Nicholas Pieres pada 25hb Julai 2018.

Sebelum itu para pemain terbaik dunia sukan polo ini telah dibawa melawat Pusat Latihan Padang Seri Gelam. Luaskan Kuasamu Johor.