Aura penyokong punca kemenangan

Image may contain: stadium, crowd and outdoor

Dalam pada penyokong meluahkan perasaan tentang kekurangan di Stadium Sultan Ibrahim, muncul pemilik JDT yang disayangi ramai sehari selepas semua masalah diutarakan. Dengan meletakkan kepentingan ketepi, baginda turun ke bawah untuk mengambil berat tentang luahan penyokong. DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, memohon ampun dan maaf ke atas segala kekurangan stadium dan ketidak selesaan penyokong. Sedar atau tidak, Tunku telah meletakkan tanda aras yang tinggi untuk semua pihak pengurusan kelab bolasepak lain. Malah Tunku menunjukkan betapa sayangnya Tunku kepada semua keluarga besar JDT.

Luahan rasa kecewa penyokong turut sedikit menjejaskan penjualan tiket perlawanan Liga juara-juara Asia. Itu telah diambil maklum. Tetapi apa yang pihak pengurusan stadium lakukan adalah fokus kepada pembaharuan stadium terlebih dahulu. Itu lebih mustahak. Hasilnya, seramai 25,524 orang penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan JDT menentang pasukan dari Korea Selatan, Suwon Samsung Bluewings.

Masihkah anda semua ingat di saat Gonzalo Cabrera menyempurnakan sepakan penalti. Bergema suasana stadium dengan sorakan. Itu adalah gol pertama yang dijaringkan oleh JDT di peringkat Asia untuk perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim. Selepas itu, suasana stadium gamat dengan gol balas daripada pihak lawan. Tapi itu tidak menidakkan Boys of Straits untuk mengajak seluruh stadium bersorak bersama. Jarang-jarang berlaku apabila penyokong yang berada di zone A, membalas sahutan sorakan Boys of Straits. Itu menunjukkan bahawa penyokong turut memainkan peranan menjadi nadi stadium dan membakar semangat pemain di atas padang. Hasilnya, Mauricio Dos Santos menanduk masuk gol kemenangan pasukan JDT.

Image may contain: 15 people

Apa yang ingin ditekankan di sini adalah aura penyokong. Penyokong memainkan peranan yang sangat penting di dalam stadium. Sebagai penyokong, kita semua perlu bersatu hati. Penyokong tidak perlu memilih atau memboikot perlawanan. Penyokong tidak perlu meluahkan kebencian. Kerana ini semua menyediakan ruang untuk musuh kita menyerang. Pedulikan negativiti, tingkatkan positiviti. Ini rumah kita, kita perlu penuhkan rumah kita tidak kira apa sekalipun. Terbukti dengan kukuhnya semangat semua penyokong, pasukan JDT mampu berikan yang terbaik di atas padang.

Wahai penyokong JDT, pasukan-pasukan yang lain berebut untuk mendapatkan peluang bertanding di peringkat tertinggi Asia ini. Peluang kita telah terhidang di depan mata, hanya perlu datang ke stadium dan berikan sokongan. Tunjukkan pada seluruh dunia, penyokong JDT adalah penyokong yang paling digeruni. Semalam kita semua telah buktikan, kita mampu memberi amaran kepada semua pasukan Asia yang akan bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim.

Image may contain: 11 people, crowd

JDT telah mencatat kemenangan ke atas pasukan Korea Selatan, Suwon Samsung Bluewings. Berbangga lah wahai semua penyokong. Kerana Johor telah menjadi tumpuan seluruh dunia hari ini.

Terima kasih kepada semua penyokong yang hadir ke Stadium Sultan Ibrahim semalam. Kerana anda semua telah mencatatkan kenangan yang paling indah di dalam hidup Farhan Khair.

Sekarang adalah masa untuk duduk tersenyum sambil mendengar lagu Stolen Dance dan membayangkan Corbin Ong menari dengan perempuan seksi di dalam bar minuman. 😊

“Dancin on the boogie all night long, Stoned in paradise, Shouldnt talk about it”

Artikel Penyokong oleh: Farhan Khair
Foto: JOHOR Southern Tigers