Belanda dan Itali seri la pulak!

NATHAN Ake bersama pemain Itali pada perlawanan persahabatan awal pagi tadi. – Foto AFP

TURIN, Itali: Nathan Ake menjaringkan gol dua minit sebelum tamat buat Belanda untuk mencetus keputusan seri 1-1 dengan tuan rumah Itali pada perlawanan persahabatan awal pagi tadi antara dua pasukan terbaik yang tidak layak ke pusingan akhir Piala Dunia di Russia.

Simone Zaza menampan masuk hantaran lintang Federico Chiesa dari sebelah kanan pada minit ke-67 untuk membantu tuan rumah mendahului selepas mereka mensia-siakan beberapa peluang pada babak pertama.

Zaza berjaya mengatasi kapten Belanda, Virgil van Dijk untuk menyumbat masuk dari jarak dekat. Namun pertahanan Itali, Domenico Criscito dibuang padang dua minit kemudian selepas dia mengutip kad kuning kedua, membuka peluang kepada Belanda untuk menekan dan mencari gol penyamaan.

Pemain gantian Ake mencuri tumpuan dengan tandukan kencang untuk gol penyamaan pada minit ke-88 dan patut menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan menerusi gaya sama.

Itali sepatutnya mendahului selesa sebelum rehat sekalipun kedua-dua pasukan dilihat keletihan. Penjaga gol Belanda, Jasper Cillessen melakukan penyelamat hebat daripada percubaan Andrea Belotti dan Simone Verdi.

Pemain tengah Belanda, Rudi Vormer mengeluarkan bola di atas garisan dengan tandukan sejurus sebelum rehat untuk menafikan Bryan Cristante.

Kedua-dua pasukan kini membentuk semula pasukan di bawah jurulatih baru – Roberto Mancini buat Itali dan Ronald Koeman bagi Belanda. – Reuters

4 thoughts on “Belanda dan Itali seri la pulak!

  1. I am only writing to make you understand what a remarkable experience our princess undergone viewing your webblog. She picked up some things, which included what it is like to possess an ideal teaching spirit to make the mediocre ones without difficulty master specified tortuous things. You undoubtedly surpassed readers’ expected results. Thanks for rendering those useful, trustworthy, revealing as well as unique tips on your topic to Mary.

  2. My wife and i have been really more than happy when Louis managed to finish off his research using the precious recommendations he made through your web site. It is now and again perplexing to simply find yourself making a gift of steps which often some other people may have been trying to sell. Therefore we realize we need the writer to give thanks to for this. The specific illustrations you made, the straightforward web site navigation, the relationships you will help to instill – it is most remarkable, and it is leading our son in addition to us reason why this subject is fun, which is seriously pressing. Thanks for the whole lot!

Leave a Reply

Your email address will not be published.