Best FIFA Award 2019: Messi tewaskan Virgil van Dijk

Pemain Argentina dan FC Barcelona, Lionel Messi dinobatkan sebagai Pemain Terbaik 2019 The Best FIFA Award bagi kategori Lelaki menewaskan pencabar terdekat Virgil van Dijk.

Messi memperoleh 46 mata berbanding van Dijk yang memungut 38 mata diikuti Ronaldo 36. Dua penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah dan Sadio Mane masing berada di kedudukan ke4 dan ke5 dengan 26 dan 23 mata.

Turut tersenarai dalam 10 ranking teratas, K. Mbapee, Matthijs de Ligt, Eden Hazard dan Harry Kane. Senarai penuh dan keputusan boleh lihat disini fifa.to/e/5BURd7m3d0.

Image

Menurut laman twitter FIFA.com, Messi memilih Sadio Mane sebagai pilihan utama, diikuti Ronaldo dan Frenkie de Jong. Untuk melihat pilihan yang dibuat oleh negara-negara dunia boleh klik disini fifa.to/e/ARtCDXK3d0

Bagi pilihan dari Malaysia, Kapten Pasukan Kebangsaan iaitu Farizal Marlias memilih Lionel Messi sebagai pilihan utama diikuti Cristiano Ronaldo dan Mohamed Salah. Manakala Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe memilih Virgil van Dijk diikuti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Tahniah diucapkan kepada Lionel Messi atas penerimaan The Best Men FIFA Award 2019 dan turut tersenarai dalam Best XI FIFA Award 2019.