Bintang Piala Dunia, Ronaldo tiba di Johor

Pemain legenda Brazil, Ronaldo selamat tiba di Johor dan dibawa melihat prasarana dan infrastruktur yang dimiliki oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di Pusat Latihan Padang Seri Gelam pada 12 Mac 2019.

Bertambah menarik, satu lagi sejarah yang cukup manis buat JDT apabila Pemain Terbaik Dunia sebanyak tiga kali dan pernah bermain untuk Barcelona, Real Madrid, AC Milan and Corinthians ini akan menyaksikan perlawanan sulung Liga Juara-Juara AFC (ACL) di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin menentang kelab Republik Korea, Gyeongnam FC pada malam ini.

Ayuh para penyokong Harimau Selatan, kita penuhkan sekali lagi Stadium Larkin pada malam ini dan berikan sokongan padu anda kepada JDT kerana mereka memerlukan sokongan keramat anda sebagai pemain ke-12 serta jadilah sebahagian dari sejarah berharga ini. Luaskan Kuasamu Johor.

Artikel: JOHOR Southern Tigers