Boikot Perlawanan Piala Airmarine? Ini penjelasan Ultras Malaya

Penyokong tegar Skuad Kebangsaan, Ultras Malaya menegaskan pihaknya tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang cuba untuk mempergunakan skuad kebangsaan apatah lagi atas kepentingan pihak-pihak tertentu.

Ianya dijelaskan menerusi thread yang dibuat oleh Ultras Malaya di laman twitter rasminya. Antara penjelasan yang dibuat adalah dengan menegaskan bahawa Ultras Malaya sekeras-kerasnya mengutuk dan tidak akan pernah bersetuju dengan sebarang eksploitasi ke atas skuad Harimau Malaya untuk kepentingan dan keuntungan poket pihak-pihak tertentu.

Ultras Malaysia juga memberitahu bahawa Piala Air Marine ini sebenarnya hanyalah satu perlawanan persahabatan kelas A yang akan memberikan mata FIFA sebagai aksi persahabatan.

Ultras Malaya antara ultras yang berpengaruh di rantau Asia.

Namun timbul persoalannya di sini mengapa dan apa rasionalnya pihak penganjur ProEvents mengenakan caj tiket (RM35) yang melebihi dari harga tiket perlawanan persahabatan yang biasa iaitu RM20? Sedangkan perlawanan Piala AFF pun RM30 untuk peringkat kumpulan, satu kejohanan peringkat rantau ASEAN yang juga memberikan kiraan mata yang sama dengan persahabatan kelas A.

Ultras Malaya turut mengingatkan kembali bahawa ProEvents adalah syarikat yang pernah menggunakan dan mengeksploitasi skuad Harimau Malaya untuk mengaut keuntungan dan kepentingan mereka dengan kebenaran dari badan induk FAM.

Kini mereka membuat “COMEBACK” dengan cara serta gaya penganjuran yang berbeza agar kononnya tidak akan mendapat tentangan dari pihak penyokong.