Challenge Cup: JDT II selesa benam Kelantan

Skuad JDT II mengekalkan rekod kemenangan untuk kali ketiga berturut-turut tanpa tewas pada saingan Piala Cabaran selepas membenam Kelantan 3-1 di Pasir Gudang malam tadi.

Gol-gol JDT II dijaringkan oleh Mohamed Ghaddar pada minit ke-7 sebelum Ramadhan menambah pada minit 25. Kedudukan 2-0 sehingga wisel penamat separuh masa.

Babak kedua menyaksikan JDTII terus memburu jaringan dan gol ketiga terhasil pada minit ke-5 permainan menerusi S. Kumaahran untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Pasukan pelawat, Kelantan berjaya memperoleh gol saguhati pada minit 73 menerusi Fauzi Roslan. Tiada lagi gol selepas itu dan sekaligus mengesahkan JDT II layak ke Separuh akhir.

JDT II akan bertemu Sarawak untuk aksi terakhir sebelum menantikan pasukan Naib Juara Kumpulan B sama UKM FC atau Terengganu FC II.