Challenge Cup: JDT II singkir TFC II untuk ke Final

JDT II layak ke Final untuk edisi ke-2 Piala Cabaran 2019 selepas menyingkirkan juara bertahan, Terengganu FC II 2-1 di Stadium MPPG semalam sekaligus menang menerusi aggregate 4-2.

JDT II yang berkelebihan 2 gol di tempat lawan berjaya menggandakan jaringan menerusi Nicolás pada minit 53 sebelum Rozaimi menambah derita pelawat pada minit 66.

Terengganu FC II merapatkan jurang jaringan apabila Dechi Marcel mencetak gol buat pelawat pada minit 76 untuk kedudukan semasa 2-1 dan keputusan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan.

JDT II mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Piala Cabaran menanti pertembungan antara UKM dan Sarawak untuk aksi Final yang akan berlangsung mengikut peraturan ‘Home dan Away’

Tahniah skuad JDT II! Foto: JST