Challenge Cup: JDTII kuasai kumpulan A

JDTII berjaya mencipta kemenangan kedua selepas menundukkan Kelantan 1-0 di tempat lawan untuk terus menguasai kumpulan A, Piala Cabaran 2019.

Gol tunggal disumbangkan oleh bekas pemain Kelantan iaitu Mohammad Ghaddar pada minit 32.

JDTII yang menang perlawanan pertama dengan Sarawak kini mengutip 6 mata selepas 2 perlawanan sebelum kembali bertandang ke Sarawak dan turun beraksi di Stadium MPPG.

Musim 2019, Kumpulan A hanya diisi 3 pasukan sahaja berbanding kumpulan B, 4 pasukan. Ini disebabkan ketiadaan slot ganti yang ditinggalkan pasukan Perlis Northen Lions yang digugurkan dari saingan Liga Malaysia.