CIMB penaja utama Liga Super & Piala Sumbangsih 2020

CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) diperkenalkan selaku ‘Title Sponsor’ untuk saingan utama bola sepak negara, Liga Super Malaysia serta saingan Piala Sumbangsih, pada hari ini.

Sehubungan itu, saingan liga utama bola sepak negara secara rasminya dinamakan sebagai CIMB Liga Super Malaysia 2020. Manakala, untuk saingan ‘charity cup’ tanah air ia akan dikenali sebagai CIMB Piala Sumbangsih 2020.

Selain itu, CIMB turut menjadi bank rasmi untuk Liga Malaysia, iaitu Liga Super Malaysia, Liga Premier Malaysia, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.

Ini merupakan kali pertama CIMB menjadi penaja kepada liga bola sepak negara dan bank kedua terbesar negara ini turut komited untuk meningkatkan pengalaman bola sepak kepada 20 juta peminat sukan No.1 tanah air.

Pengumuman penajaan ini diumumkan dalam satu majlis yang dihadiri oleh Presiden Malaysian Football League (MFL), Datuk Haji Hamidin Mohd Amin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz, dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan.