CWC: Liverpool julang kejuaraan Club World Cup 2019

Juara Dunia Kelab sah menjadi milik Liverpool selepas berjaya menumpaskan Flamengo 1-0 di Stadium International Khalifa awal pagi semalam. Kejuaraan ini melengkapkan piala ketiga musim 2019 selepas menjulang kejuaraan UEFA Champions League dan UEFA Super Cup.

Dalam perkembangan lain, Liverpool yang terpaksa menelan kepahitan kekalahan 5-0 ke atas Aston Villa pada aksi Piala Carabaoi 2019 yang dibarisi pemain muda bagi menghadapi saingan Piala Dunia Kelab. Nasib baik menang (meskipun gol pada masa tambahan).

Perlawanan sebenarnya 90 minit berakhir dengan tanpa jaringan. Roberto Firmino akhirnya memecah kebuntuan gol apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit 99 di masa tambahan. Ianya hasil umpanan cantik dari Sadio Mane.

Mohamed Salah dipilih pemain terbaik pertandingan.


Sadio Mane assist, Firmino menjaringkan gol dan Mohamed Salah dipilih pemain terbaik pertandingan.

Liverpool menjadi pasukan Inggeris pertama yang memenangi treble kejohanan antarabangsa di dalam sejarah dalam kalendar setahun. Kejayaan Liverpool ini menjadikan mereka menutup musim 2019 dengan sangat manis meskipun terlepas Liga Perdana Inggeris kepada Manchester City.