Dato’ Ab Ghani Hassan dilantik CEO MFL

Ahli Lembaga Pengarah MFL yang bermesyuarat kali 20 semalam memutuskan Dato’ Ab Ghani Hassan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL dan akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2020.

Sebelum ini, Dato’ Ab Ghani dilantik sebagai Pemangku CEO MFL pada 30 November tahun lalu. Ianya berikutan perletakkan jawatan Kevin Kamalingam.

Image result for dato ghani hassan

Dalam perkembangan lain, Ahli Lembaga Pengarah MFL telah memutuskan pasukan-pasukan yang bermain Liga M3 tidak dibenarkan untuk menjadi pasukan Reserve Team kepada mana-mana pasukan yang bertanding dalam Liga Premier atau Liga Super musim 2020.

Sebagai rekod, empat pasukan yang memegang status sebagai Reserve Team pada musim ini adalah Johor Darul Ta’zim II, Perak II, Terengganu FC II dan Selangor 2.