Diogo Luis Santo telah memulakan sesi latihan

Pemain import JDT, Diogo Luis Santo telah memulakan sesi latihan bersama pasukan malam tadi.

Aksi tersebut dikongsikan menerusi laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers.

Diogo Luis Santo yang baharu sahaja tiba di Johor telah disambut oleh Pemilik JDT, Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

JDT akan memulakan aksi persahabatan antarabangsa pertama menentang Home United pada 11 Januari ini di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos sebelum berlepas ke Thailand.