EPL: Chelsea bangkit buat Arsenal gigit jari

10 minit terakhir jadi penentu buat Chelsea untuk mencipta kemenangan 2-1 ke atas skuad bimbingan Arteta, Arsenal meskipun ketinggalan hampir 80 minit permainan di Stadium Emirates.

Dua jaringan pada baki 10 minit terakhir perlawanan sudah cukup buat Arsenal kian tersepit di pertengahan liga dengan hanya kini mengumpul 24 mata dari 20 perlawanan.

Pierre-Emerick Aubameyang yang terlebih dahulu meletakkan Arsenal selesa 1-0 pada minit ke 13 selepas menerima aksi tanduk menanduk sebelum bola masuk menerjah jaring Kepa Arrizabalaga.

Kebangkitan Chelsea pastinya muncul pada minit 82. Semuanya bermula hasil jaringan Jorginho yang menyamakan kedudukan sekaligus menaikkan semangat rakan sepasukan.

Jaringan tersebut hadir berpunca daripada kesilapan penjaga gol, Bernd Leno yang gagal menolak keluar dalam kawasan penalti hasil sepakan percuma daripada Mason Mount.

Tammy Abraham menjadi hero untuk Chelsea apabila meledak jaringan kemenangan pada minit 88 hasil counter attack bersama dengan William untuk menewaskan Bernd Leno.

Chelsea kekal di tangga keempat dengan 35 mata sambil diekori Manchester United yang memungut 31 mata selepas mudah menewaskan Burnley 2-0.

Lain-lain keputusan

Lain-lain Keputusan menyaksikan Manchester City kembali mendapat rentak kemenangan selepas tewaskan Sheffield United 2-0 di Etihad Stadium, Manakala Liverpool terus mengukuhkan cengkaman menewaskan Wolves 1-0 di Anfield.