EPL: Liverpool cemas sebelum menang dengan Southampton

Selepas menjuarai UEFA Super League, Liverpool tampak cemas dengan aksi kedua saingan EPL. Mana tidaknya serangan Southampton cukup baik pada babak pertama, cuma penjaga gol, Adrian beraksi cemerlang menafikan percubaan tersebut.

Penghujung babak, Sadio Mane terlebih dahulu meletakkan gol buat The Red untuk kedudukan semasa 1-0.

Babak kedua, Liverpool lebih berdisplin dan sempurna mengatur serangan dan tempo permainan. Beberapa percubaan menarik melalui Firmino dan Salah, cuma masing-masing gagal disudahkan dengan jaringan.

Gol kedua The Red terhasil hasil gerakan Sadio Mane yang melorongkan bola kepada Firmino untuk beliau melepaskan rembatan padu menerjah jaring pada minit ke 72.

Bebaki 10 minit terakhir, akibat kecuaian dan kelalaian Adrian, Southampton berjaya mengambil peluang tersebut untuk merapatkan kedudukan menerusi Danny Ings.

Danny Ings hampir merobek gawang Liverpool dan hampir mengutip mata namun gagal menghasilkan jaringan. Keputusan kekal dengan Southampton 1 dan Liverpool 2.

Highlights: All Goal