EPL: Liverpool nak piala, rekod tak penting

Liverpool semakin hampir mengecapi kejuaraan liga selepas mengekalkan rekod kemenangan liga 23 kali dan hanya 1 seri iaitu ketika menentang Manchester United pada Oktober lalu dengan keputusan 1-1 untuk mengumpul jurang 19 mata dari pencabar terdekat.

Liverpool mencipta jurang besar apabila jaringan Mohamed Salah dan Alex Oxlade-Chamberlain memastikan kemenangan 2-0 di West Ham melengkapkan perlawanan ke-23.

Jurgen Klopp dikatakan hanya fokus untuk menjarakkan mata dan semestinya kejuaraan menjadi sasaran utama dan tanpa memikirkan rekod tanpa kalah yang masih kekal sehingga kini.

Dalam perlawanan menentang West Ham, Salah membuka jaringan menerusi penalti babak pertama di Stadium London dan Oxlade-Chamberlain menyempurnakan kemenangan ke-15 berturut-turut Liverpool selepas rehat babak pertama.

Pasukan tangga kedua, Manchester City kini sangat jauh di belakang dan persoalan kini bukanlah jika Liverpool menang tetapi bilakah skuad Reds akan meraih gelaran liga England pertama mereka sejak 1990.

Berbaki 14 perlawanan, perjalanan hebat Liverpool akan memberikan mereka laluan bersejarah untuk dimahkotakan selaku juara.

Juara Eropah dan dunia itu kini melalui 41 perlawanan tanpa kalah dalam liga — hanya lapan daripada rekod 49 saingan liga utama England dicipta Arsenal pada musim ‘Invincibles’ 2003 dan 2004. – AFP