EPL: Man United lemah betul dengan pasukan corot

Ternyata memang dinafikan bahawa Manchester United akan menjadi lemah longlai kepada pasukan lemah apabila dimalukan oleh pasukan tercorot liga, Watford dengan kekalahan 2-0 di Vicarage Road.

Kepulangan Paul Pogba ke dalam pasukan juga tidak menghasilkan keputusan yang diharapkan. Beliau masuk pada babak kedua tidak menampakkan sebarang percubaan menarik ke arah pintu gol lawan.

Walaubagaimanapun, Kemenangan Watford itu memberikan harapan kepada pasukan tersebut untuk keluar dari zon penyingkiran selepas mereka meraih tiga mata penuh buat kali kedua musim ini.

Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan. Namun hanya lima minit selepas bermula babak kedua, kesilapan dilakukan penjaga gol United, David De Gea telah menghadiahkan gol pertama The Hornets.

Empat minit kemudian, Troy Deeney menambah derita buat United apabila mudah menyempurnakan sepakan penalti selepas Aaron Wan-Bissaka menjatuhkan Sarr di dalam kotak penalti.

Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Selepas 18 perlawanan EPL, United kini berada di kedudukan kelapan dengan hanya mengutip 25 mata daripada 54 mata maksimum, sementara Watford masih kekal di dasar liga dengan 12 mata tetapi mereka hanya enam mata dipisahkan enam mata dengan pasukan di tempat ke-17 Southampton.