EPL: Manchester City terlalu kejam dengan Watford

Pep Guardiola memuji ‘kekejaman’ Manchester City selepas mereka mencita rekod kelab 8-0 dalam Liga Perdana ketika membelasah Watford malam tadi.

Guardiola gembira pasukannya tidak mudah berasa selesa selepas mendahului 5-0 hanya selepas 18 minit di Stadium Etihad.

Ia meneruskan musim hebat City selepas kekalahan mengejut 3-2 di tangan Norwich hujung minggu lalu.

Kemenangan berkenaan hadir tiga hari selepas pasukan sama mencipta kejayaan 3-0 pada pertengahan minggu dalam Liga Juara-Juara menentang Shakhtar Donetsk.

“Apa yang saya paling suka ialah apabila pada babak pertama ia 5-0, babak kedua agak tidak serius, ia membosankan tetapi kami lebih agresif dan melalui babak kedua yang sangat bagus,” kata Guardiola.

“Kami kejam dalam aspek lima cubaan, lima gol. Kadangkala kami ada 25 cubaan atau 15 atau 20 tetapi tidak boleh melakukannya.

“Orang masih tidak faham, wartawan, pengkritik, bekas pemain, tewas perlawanan adalah sebahagian kehidupan. Lawan berhak menerima penghormatan.

“Perasaan sama yang saya rasakan ketika ini selepas Norwich, jadi ia bukanlah persembahan buruk. Kami boleh tewas perlawanan tetapi perkara paling penting ialah pendekatan dan cara anda anda bertindak balas sebagai satu pasukan.” – AFP