EPL: Manchester United hanya mampu seri dengan Southampton

Manchester United terus keciciran mata selepas diikat Southampton 1-1 di St. Mary’s pada perlawanan ke-4 liga malam tadi. United terlebih dahulu meledak gol seawal minit 10 menerusi Daniel James untuk mendahului 1-0.

Wan-Bissaka mempunyai peluang menjaringkan gol pada minit 18, namun rembatannya tersasar jauh melepasi pintu gol tuan rumah. 4 minit berselang, United sekali lagi mempunyai peluang keemasan untuk menjaringkan gol, namun rembatan Daniel James berjaya ditepis keluar penjaga gol, Angus Gunn.

Masuk babak kedua, pertahanan United dilihat agak kelam kabut dengan beberapa gerakan serangan Southampton yang berjaya melepasi ke arah pintu gol.

Tuan rumah hampir menyamakan kedudukan pada minit 54 melalui gerakan cantik namun rembatan Adams sedikit tersasar. 3 minit selepas itu, Southampton sekali lagi mengugat ketangkasan De Gea apabila sepakan penjuru berjaya ditanduk kemas Ings.

Gol penyamaan akhirnya terhasil juga seminit berselang dengan Jannik Vestergaard menanduk kemas ke gawang De Gea selepas menerima hantaran lintang dari Kevin Danso.

Southampton terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Kevin Danso dilayangkan kad kuning seterusnya diperintah keluar padang oleh Pengadil perlawanan pada minit 72.

Sepanjang tempoh 15 minit perlawanan, United masih gagal memburu gol meskipun mempunyai kelebihan. Percubaan Daniel James pada minit 75 juga gagal selepas berjaya ditepis keluar penjaga gol, Gunn.

Keputusan kekal dengan masing memungut 1 mata selepas seri 1-1. Lihat highlights dari stadiumastro