EPL: Salah bantu Liverpool buatkan Arsenal tergamam

Juara UEFA Champions League, Liverpool ternyata lebih yakin apabila menang selesa menewaskan Arsenal 3-1 di Anfield awal pagi tadi. The Red yang mendahului gol pertama menerusi tandukan J. Matip pada lewat babak pertama minit 41.

Separuh masa kedua memperlihatkan kemajuan. Akibat kesilapan pertahanan yang menarik baju M. Salah membuatkan Salah menyudahkan penalti dengan sempurna pada minit ke 49.

Mohamad Salah terus mengecewakan pelawat apabila membawa bola masuk ke gawang lawan pada minit 58. Ianya hasil hantaran kemas Fabinho yang menghantar bola ke Salah sebelum Salah menyelinap terus ke pintu gol Arsenal.

Bagaimanapun, Arsenal cuba bangkit pada baki minit perlawanan. Gol tunggal pelawat tercipta pada minit 85 menerusi Lucas Torreira. Keputusan Akhir perlawanan Liverpool menang dengan jaringan 3-1.

Lihat highlights penuh di sini: