Ervin Boban ucap Terima Kasih kepada JDT

Ketua Jurulatih Johor Darul Takzim (JDT) II, Ervin Boban mengucapkan terima kasih kepada JDT menerusi satu hantaran di Facebook rasmi milik beliau.

Kata-kata tersebut turut dikongsikan laman rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers sebagai penghargaan buat bekas pemain import di era semi pro dan juga jurulatih yang membantu JDT II menjulang Piala Cabaran 2019.

“Selepas 12 tahun perjalanan saya bersama keluarga JDT akhirnya bertemu penghujungnya. Perjalanan ini sungguh hebat dan berjaya, begitu banyak kenangan indah yang akan sentiasa tersemat di hati saya.”

“Terima kasih diucapkan khas kepada DYAM Tunku Mahkota Johor atas sokongan baginda dan peluang yang diberikan kepada saya sekali lagi untuk mewakili Negeri Johor.”

“Bermain untuk Johor pada tahun 90-an selama 7 tahun dan kini sebagai jurulatih selama 5 tahun memberikan saya sebuah kebanggaan yang sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Terima kasih kepada pengurusan, barisan kejurulatihan dan para pemain.”

“Akhir sekali kepada para penyokong keluarga JDT yang hebat walau di mana sahaja anda berada. Hidup Johor !!! Demi Johor !!! Sehingga kita berjumpa lagi !!!” Ujar jurulatih kelahiran Split, Croatia itu menutup ucapan penghargaannya.

Dengan perkembangan ini, penyokong skuad Harimau Selatan pastinya teruja untuk menantikan siapakah gerangan yang bakal menjadi pengganti buat Boban bagi membimbing JDT II pada musim hadapan.

Adakah bakal ada berita yang mengejutkan atau barisan jurulatih sedia ada akan dinaikkan pangkat? Sama-sama kita nantikan.