FA Cup 2019: Penggiliran, JDT beraksi dengan 10 pemain

Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menurunkan pemain simpanan hampir keseluruhan sebagai proses penggiliran pemain untuk turun beraksi menentang PKNS di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin malam tadi.

Aksi bertemu PKNS adalah bagi saingan pusingan ke-3 Shopee Piala FA. Lebih malang lagi, JDT beraksi dengan 10 minit selepas 10 minit apabila Kiko Insa dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan. Akhirnya, JDT tewas dengan jaringan hanya 1-0 di tangan skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal.

Hariss Harun mengetuai barisan ‘skuad ke-2’ dengan penjaga gol, Izham Tarmizi diapit pertahanan Fadhli Shas dan Kiko Insa yang mana kedua-dua membuat penampilan pertama musim ini. Di barisan sayap mula Syazwan andik mengambil tempat Corbin diikuti Hazwan Bakri yang mengetui jentera serangan.

Image may contain: 11 people, people smiling, people standing and outdoor
Kesebelasan utama JDT ketika menetang PKNS semalam. Foto JOHOR Southern Tigers

Meskipun beraksi 10 pemain, JDT tampak berjaya mengawal permainan dan berjaya menguasai bola separuh masa pertama. JDT juga berpeluang untuk menjaringkan gol namun ketumpulan penyudah jadi halangan.

PKNS berjaya menjaringkan gol menerusi tandukan Kpah Sherman pada minit 47. PKNS juga berpeluang menambah gol namun ketahanan dan semangat juang pertahanan berjaya mematahkan gerakan bola ke arah gol.

JDT akan bertemu kembali PKNS pada Sabtu bagi aksi Liga Super Malaysia perlawanan ke-10 bagi terus mengekalkan kedudukan teratas liga. JDT juga boleh fokus untuk memberi kejuaraan ke-6 liga disamping memberi saingan di AFC Champions League dalam ‘debut’ pertamanya.

Pujian juga diberikan kepada barisan pemain ‘ke-2’ JDT yang beraksi cemerlang dalam semua posisi dan mempertahankan lebih banyak gol dijaringkan lawan dengan bermain 10 orang.