FAM kena denda dengan FIFA sebab penyokong

Kejayaan manis menundukkan Indonesia 2-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 19 November lalu terpaksa dibayar dengan harga mahal oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Ia susulan badan induk bola sepak negara itu didenda 50,000 Swiss franc (RM211,000) oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) akibat kekecohan penyokong pada aksi kelima Kumpulan G itu.

BH Sukan sebelum ini melaporkan kira-kira 44 kerusi di tempat duduk penonton stadium terbabit yang dianggarkan bernilai RM11,000 dirosakkan penyokong ketika perlawanan itu.

Sementara itu, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) didenda 245,000 Swiss franc (RM1 juta) juga akibat daripada kekecohan yang ditimbulkan penyokong mereka.