Final Piala Malaysia 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil

Stadium Nasional Bukit Jalil telah disahkan menjadi venue rasmi perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 pada 2 November ini seperti yang diumumkan Malaysian Football League (MFL) menerusi laman sosial.

Perlawanan akhir bagi edisi ke 93 bakal menemukan Juara Piala FA 2019, Kedah dan Juara Liga Super 2019 yang juga turut memegang rekod Juara liga untuk 6 musim berturut iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Stadium Nasional Bukit Jalil pernah dinobatkan selaku pemenang Anugerah Stadium Terbaik Dunia bagi kategori Stadium Sedia Ada pada Kongres Stadium Dunia 2018.

Selepas proses pengubahsuaian besar-besaran bagi menganjurkan Sukan Asia Tenggara (SEA) atau dikenali dengan Kuala Lumpur 2017, Stadium Nasional Bukit Jalil berwajah baharu dengan kapasiti penonton kini sebanyak 87,411.

Stadium yang mula dibina pada 1 Januari 1995 itu seringkali dipilih sebagai gelanggang perlawanan akhir saingan Piala FA dan Piala Malaysia disamping pada ketika ini menjadi ‘home’ kepada skuad Harimau Malaya.

Kredit Foto: (C) MonoRidz / Shutterstock