Fokus liga, JDT balas dendam pada PKNS

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim menyelesaikan misi ‘balas dendam’ akibat kekecewaan selepas gagal ke suku akhir Piala FA disingkirkan oleh PKNS minggu lalu.

JDT yang menurunkan kesebelasan yang mantap tidak berdepan masalah untuk membenam PKNS 3-1 hasil jaringan Afiq Fazail, Cabrera dan Safawi. Gol tunggal pelawat dijaringkan oleh Gabriel Guerra.

Bagaimanapun, malam tadi, JDT tidak menurunkan Ketua Pasukan, Hariss Harun akibat penggantungan. JDT tampak selesa menyerang ke kubu lawan seawal minit. Hasilnya Afiq Fazail mudah mengambil peluang menyempurnakan ledakan dengan sepakan volley terus ke gawang PKNS pada minit 7.

Berselang 7 minit kemudian, bola hantaran Cabrera terkena tangan pemain pertahanan menyebabkan pengadil menghadiahkan sepakan penalti buat JDT. Cabrera yang mengambil sepakan juga tidak berdepan masalah untuk mencetak nama selaku penjaring pada malam tersebut.

Masuk babak kedua, Mauricio dikeluarkan dan memasukan Aidil Zafuan. Kemasukkan Aidil nampak sedikit longgar dibarisan pertahanan. Gandingan Adam-Aidil juga tidak kemas sehingga memaksa mereka lebih bekerja keras.

Bagaimanapun, kelekaan telah menyebabkan ruang dan peluang Gabriel Guerra melepaskan rembatan untk menewaskan Farizal untuk gol pelawat merapatkan defisit gol pada minit 48.

Beberapa peluang terhidang menerusi Cabrera dan Diogo namun percubaan tersebut masing-masing berjaya ditangkap kemas penjaga gol dan bola terkena palang. Berbaki 5 minit perlawanan, Cabrera membuat umpanan cantik kepada Safawi sebelum rembatan leret dihasilkan terus menewaskan penjaga gol.

Permainan tamat dengan keputusan JDT menang 3-1.

Image
Safawi menjaringkan gol ketiga JDT. Foto JOHOR Southern Tigers.