Gala Dinner bersama Para Penaja JDT

Image may contain: 1 person, standing

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengadakan Majlis Makan Malam Gala sempena Perasmian Stadium Sultan Ibrahim bersama para penaja. Berangkat hadir mencemar duli, Pemilik JDT, DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja.

Majlis tersebut dikongsikan menerusi laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers. Ianya diserikan dengan persembahan oleh artis tempatan, Dato’ Syafinaz.

Image may contain: 1 person

Hadir sama semua para pemain dan barisan kejurulatihan serta staf JDT. Dalam pada itu, beberapa barangan turut dipersembahkan untuk lelongan awam. Antaranya Jersi home JDT musim 2020 dan Jersi away JDT 2020.

JDT yang baru sahaja menerima gelanggang rasmi Stadium Sultan Ibrahim semalam akan memulakan aksi liga Malaysia 2020 pada 28 Februari 2020 menentang Kedah bagi merebut Piala Sumbangsih.

Image may contain: one or more people and night
Image may contain: 13 people, people sitting and indoor
Image may contain: 9 people, people standing

FOTO: JOHOR Southern Tigers