Great Britain muncul Juara Piala Sultan Johor (SOJC)

Great Britain muncul sebagai juara Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor (SOJC) Bawah 21 Tahun setelah menewaskan India 3-2 di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru semalam.

Pada perlawanan akhir itu turut disaksikan ramai peminat hoki tempatan.

Turut serta dalam pertandingan siri ke-8 ini adalah pasukan daripada Malaysia, Amerika Syarikat, Jepun dan Australia.

Foto: Royal Press OfficeImage may contain: 14 people, people smiling
Foto: Royal Press Office

Upacara penyampaian Piala dan pingat emas telah disempurnakan oleh YAM Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim selaku wakil rasmi DYMM Sultan Johor. Yang turut hadir, Exco Belia, Sukan & Kebudayaan Negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar.

Pada 6 September lalu, Tunku Abdul Rahman sebagai wakil rasmi Tuanku Sultan Johor telah melancarkan kejohanan hoki itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor.

Kejohanan SOJC yang bermula pada tahun 2011 diiktiraf oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FHI) dan ia adalah satu-satunya kejohanan hoki jemputan antarabangsa Bawah 21 di dunia.