Guangzhou Evergrande jemput JDT B17 ke kejohanan Evergrande Cup 2020

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menerima jemputan dari Guangzhou Evergrande untuk bertanding dalam kejohanan yang berprestij, Evergrande Cup 2020.

Jemputan itu adalah untuk pasukan akademi JDT Bawah 17 tahun. Selain JDT, antara pasukan yang pernah bertanding dalam tiga edisi sebelumnya termasuk kelab-kelab terkenal seperti Boca Juniors, Inter Milan, Gremio, Valencia, Flamingo, Villarreal, Palmeiras dan Atletico Madrid.

Pengumuman itu dibuat menerusi laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers. Turut dinyatakan, segala kos perbelanjaaan termasuk perjalanan dan penginapan akan ditanggung oleh Kelab Liga Super China tersebut untuk kejohoanan yang akan berlangsung pada Februari 2020.

JDT Bawah 17 sebelum ini telah berjaya menjulang Piala kejuaraan Liga Piala Remaja KPM/FAM 2019. Skuad akademi JDT di pelbagai peringkat telah diberi pendedahan menyertai kejohanan-kejohanan luar sepertimana di Singapura, China dan perlawanan jemputan dalam negara.