Bekas penyerang JDT II, Hadi Fayyadh Abdul Razak beraksi di kelab luar negara akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau sah sertai kelab divisyen 2 Liga Jepun (J2), Fagiano Okayama dengan kontrak selama setahun.

Hadi yang juga penyerang skuad bawah 19 tahun kebangsaan menanam impian untuk beraksi di luar negara menjadi kenyataan selepas mencuba nasib menjalani latihan pada bulan ogos yang lalu bersama kelab liga divisyen dua, Roasso Kumamoto selama seminggu.
Namun tiada panggilan mahupun keputusan dari kelab tersebut.

Syarikat pengeluar minuman Yakult (M) Sdn Bhd telah menguruskan sepenuhnya pemergian Hadi untuk menimba pengalaman dengan dua kelab dan percaya beliau memiliki keupayaan untuk bersaing di liga terbaik Asia itu.