EPL: Liverpool terus selesa, Man United dibelasah

Liga Perdana Inggeris kini telah memasuki fasa akhir bagi merebut kejuaraan liga selepas 35 perlawanan. Liverpool dilihat berada pada prestasi memberangsangkan untuk menjulang piala namun ianya bergantung kepada kewibawaan Man United untuk menangkis kemaraan Man City di tangga kedua.

Liverpool mudah menewaskan Cardiff City 2-0 untuk terus meninggalkan Man City di tangga kedua. Aksi mengerunkan, Man United terus kempunan untuk berada di kelompok 4 teratas bagi menempah slot ke UEFA Champions League musim 2019/2020 selepas teruk dibelasah Everton 4-0 yang mengekori rapat.

Mengikut jejak sama Arsenal yang turut tewas 2-3 kepada Cystral Palace di laman sendiri Emirated Stadium. Keputusan tersebut menyebabkan Arsenal kekal di tangga ke4 di belakang Spurs. Bagaimanapun, kedudukan ini dijangka berubah jika Chelsea mencipta kemenangan untuk merampas kedudukan tersebut.