UCL: Semi Final tanpa Ronaldo, Barcelona cemerlang

JSelepas Real Madrid tersingkir di Pusingan ke-16, kini Juventus terkejut apabila menjadi mangsa Ajax, lebih sedih lagi penyingkiran Juventus di Turin. Kebangkitan Ajax yang ditunjukkan dalam saingan UCL harus diberi perhatian.

Juventus yang berjaya mendapatkan Cristiano Ronaldo adalah pastinya untuk UCL, Juventus membeli Ronaldo dengan nilai €112 juta – angka yang sebenarnya lebih €20 juta daripada pendapatan tahunan Ajax. Dan satu pasukan Ajax memiliki bil gaji €4 juta kurang daripada gaji Ronaldo.

Ini juga kali pertama separuh akhir UCL tidak ada kelibat Cristiano Ronaldo sejak 2009/10. Perlawanan berakhir 2-1 memihak kepada Ajax dan Juventus tersingkir di suku akhir dengan agregat 2-3.

Untuk rangkuman perlawanan, boleh saksikan highlight di sini:

Barcelona cemerlang singkirkan Man United

Barcelona menamatkan perjuangan Manchester United dalam saingan UEFA Champions League dengan kemenangan besar 3-0 di Camp Nou (4-0 secara agregat).

Ianya hasil ledakan Lionel Messi dengan 2 gol dan 1 daripada Coutinho sekaligus menyingkirkan United. Yang lebih menarik lagi, ketiga-tiga gol dijaringkan dari kedudukan luar kotak penalti.

Bercelona yang perlu mengekalkan rentak meskipun berbekalkan 1 gol di tempat lawan. Messi tidak menghampakan peminat-peminat untuk terus cemerlang untuk jaring 2 gol pada 20 minit awal.

Saksikan highlight di sini: