I’m with you all the way, Hariss

Menjelang pertemuan antarabangsa antara Malaysia dan Singapura di Kejohanan Sulung jemputan 4 penjuru, Kapten Singapura, Hariss Harun menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Media Astro Arena berhubung kekuatan dan kelemahan Skuad Harimau Malaya berada dalam koceknya.

Perkara itu disangkal Hariss yang juga Kapten pasukan JDT menerusi laman instagram rasmi beliau.

Menurut Hariss, beliau mengatakan yang pasukannya akur tentang kekuatan dan kelemahan setiap pasukan dan semestinya ia bergantung kepada pasukan yang lebih dahagakan kejayaan untuk memenangi perlawanan.

“Saya menekankan bahawa Saya tidak mengatakan yang kami mempunyai informasi mengenai pasukan Malaysia di dalam poket kami.

“Komen saya telah disampaikan dengan maksud yang amat berbeza sekali dan ianya adalah suatu perkara yang menyedihkan buat saya dan pasukan saya.

Turut bersama mempertahankan kenyataan tersebut, Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang menyifatkan wartawan media masa kini suka memutar belit kenyataan. Itu adalah ‘standart’ wartawan masa kini.