“I’m with you all the way, Safawi” – TMJ

Pemain paling bernilai, Safawi Rasid mendapat kecaman para penyokong Malaysia, akibat prestasinya yang masih belum memuaskan hati semua peminat bolasepak ketika penampilannya bersama Skuad Kebangsaan di Piala AFF Suzuki 2018.

Safawi, penyerang kebangsaan yang juga penyerang pasukan JDT masih belum menyempurnakan penyudah selaku penjaring namun kian berusaha untuk mencetak gol.

Safawi yang beraksi cemerlang bersama pasukan JDT sehingga berjaya merangkul kejuaraan Liga Super dan kejayaan bersama skuad bawah 23 Negara. Safawi menjadi perhatian Ketua Jurulatih Kebangsaan untuk mengemudi jentera serangan apatah lagi berjaya merangkul status pemain paling bernilai.

Berdasar prestasinya, Pemilik JDT yang juga Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral tunku Ismail memberitahu yang baginda akan sentiasa bersamanya walau apa jua keadaan. Tunku Ismail dalam kenyataannya menyatakan bila kemenangan akan memuji Tahniah Malaysia, tetapi apabila seri atau tewas menyatakan kegagalan JDT.

Apapun, kita mengharapkan tuah dan pencapaian terbaik buat Safawi Rasid sekaligus membawa Malaysia ke pentas Akhir Piala AFF Suzuki 2018.