Interpretasi rekomendasi buat Harimau Malaya

Musim cuti sekolah pada tahun ini, saya tidak kemana, hanya pulang ke kampung tempat dimana tumpahnya darah, di daerah Kota tinggi bandar bersejarah, menghabiskan masa berhibernasi saja di rumah, melepaskan segala tekanan setelah setahun otak diperah.

Satu malam jam menunjukkan pukul sepuluh setengah, seorang sahabat datang menziarah, seperti bertahun tidak berjumpa, habis cherita segala diluah, dalam hujan renyai kami duduk di beranda.

Satu topik dalam cerita, diskusi tentang cherita bola, satu soalan yang ditanya, siapa yang layak jika Tunku tiada? meninggalkan FAM untuk tugas Kesultanan Tanah Jauhar. Adakah yang layak menggantikan Tunku Mahkota? Adakah yang berdedikasi seperti baginda?

Maka bermulalah cherita saya, Januari tahun dua ribu lapan belas kalam dibuka. Dengan bismillah kita kira mula, semoga diberkati oleh Yang Maha Esa.

“Diagnosis Calon Pengganti suatu hari nanti”

Pernah kah kita terfikir siapakah yang layak menduduki posisi baginda? Jawatan Presiden FAM bilamana terpaksa Tunku serah? Diwaktu DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor perlu melangkah, bila Tanah Jauhar perlu diutama, siapa yang harus meneruskan rencana, siapa yang harus menyambung delegasi baginda.

Saya percaya tiada calon yang dapat anda fikirkan, absurb pengganti setanding karisma Tunku berikan, namun sebenarnya dalam tidak sedar Tunku Mahkota Johor telah sediakan, calon pengganti yang ada dalam perancangan. Sangat ideal sekiranya beliau mengambil keputusan, meninggalkan bebanan segala jawatan. Konotasi penyambung obligasi kemajuan.

“Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah bertabur urai, hendak berani berlawan ramai”

Calon ini menjadikan Tunku Mahkota Johor sebagai idola. Mempunyai aspirasi serupa, beriltizam melihat kebangkitan bolasepak negara sama seperti Tunku Mahkota.

(Izinkan saya menggunakan katanama “beliau” untuk coretan)

Langkah pertama yang beliau lakukan adalah berjumpa Tunku di Tanah Jauhar, meluangkan masa selama beberapa jam membincangkan isu-isu semasa. Percambahan idea dibentangkan bersama.

Antara yang dibincangkan termasuk pembangunan belia, pembangunan bola sepak juga menjadi topik utama, disentuh juga bagaimana perlunya seluruh rakyat Malaya bersatu tidak kira masa, tidak kira latar belakang, kaum asal usul salasilah, demi kemajuan dan kesejahteraan negara. Mencanai generasi yang adiwangsa.

“Prakarsa inovasi akar umbi”

Mengikut langkah awal idola, beliau telah memulakan projek bolasepak akar umbi dengan mewujudkan liga komuniti dan liga sosial sebagai wadah. Memfokuskan generasi muda dan kanak-kanak berusia lima hingga sepuluh tahun dalam agenda.
Projek jangka masa panjang implementasi minda. Apresiasi melahirkan bakat muda indikator perdana.

“Tujuh garis langkah pembaharuan”

Dalam bulan Febuari 2017, Beliau telah mengumumkan tujuh langkah dalam idea, penambahbaikan dalam organisasi FAS perlu dirombak juga diubah, untuk kemajuan bolasepak yang digelar gergasi merah, untuk menambah keperkasaan pasukan mereka, untuk saingan dalam Liga Malaysia.

“Eksistensi sinergi kotemporari”

Untuk menaikkan kembali pasukan yang beliau cintai, beliau membuat lawatan sambil ekskursi ke Kelab-kelab luar negara sebagai modul inspirasi. Langkah yang sama dibuat oleh Tunku Mahkota Johor lakukan sehingga kini.

Terbaru pada tahun lepas di tanggal 16 November 2017, beliau kelihatan memegang bendera ‘Pasukan yang beliau cintai’ di sebuah stadium lagenda di Stadium Nou Camp Barcelona FC.

“Inovasi dalam obligasi”

Jelaskah langkah-langkah terancang dan sistematik ini bakal menjadikan pasukan lagenda mengorakkan langkah ke arah kemajuan. Menjadi batu loncatan kebangkitan dalam kekuatan.

Seperti Tunku, beliau mempunyai matlamat dan arah tuju yang sama dalam struktur organisasi bolasepak Negara. Menghapuskan kuasa politik yang sudah mencengkam dan bertahun menghisap darah. Sehingga destruktif habis dijarah.

“Rekomendasi rakyat marhaen”

Dengan segala yang dihuraikan ini sukalah saya war-warkan, individu yang dimaksudkan adalah….

“DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah
Raja Muda Selangor (RMS)”

“Pengganti ideal yang telus untuk Malaya”

“Akar kuat berakar tunjang, tempat berpaut diwaktu ribut, tempat berlindung diwaktu badai.”

Tunku pasti bakal meninggalkan bolasepak Negara bila tiba masa, bilamana bolasepak negara sudah berada pada landasan yang betul dan stabil serta mempunyai emansipasi dari cengkaman kuasa birokrasi dan juga korupsi.

Semoga proses revolusi minda RMS dalam bolasepak Negara juga dapat membersihkan Pasukan Selangor dari gengaman ‘Jembalang Tanah’. Pasukan Gergasi Merah berstatus lagenda perlu di uruskan oleh pentadbir protagonis yang lebih berinovasi. Semoga RMS berjaya menjadikan Selangor pesaing kepada pasukan JDT kelak sebelum menggantikan TMJ di tampuk Presiden FAM. Sesungguhnya pasukan JDT amat merindui persaingan sejati. Diwaktu ini, pasukan yang ada hanyalah pesaing yang bermusim dan setiap musim bertukar ganti. Propaganda politik yang egosentrik. Hanya segunung wang buat mereka tertarik. Tiada keuntungan segala tajaan bakal ditarik.

“Penutup kata, sebelum mata jadi letih”

Tiba-tiba kami tersedar, jam di tangan sudah pukul tiga, embun sejuk malam satu pertiga, seraya teringat kisah pontianak di blok lima, rasa sudah masa untuk menamatkan cherita, kami bersalam semoga kembali berjumpa.

DEDUKSI AIRBITRARI KOSAKATA

“Semoga kita tidak pernah lupa bahawa FAM memerlukan pemimpin yang dilahirkan untuk berkhidmat kepada rakyat. Mereka yang akan terus berkhidmat untuk bola sepak demi rakyat” – DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Akhir kalam,

Masa depan bolasepak negara sudah Tunku corakkan.

“33 titik anatomi dalam badan, 33 ayat iqra dalam pegangan, 33 tahun dalam usia,keajaiban masa depan sudah bermula”

Menanti setia kepulangan Tunku Mahkhota, walaupun mustahil Tunku akan menyerah….

Artistik dari manusia satu denyut

Terimalah,

“INTERPRETASI REKOMENDASI BUAT HARIMAU MALAYA”

Congak corak taktikal bergerak
Nampak tegak rentak bergolak
Gempur tempur jangan tersungkur
Merah tak kabur biru tak luntur

Merah itu darahmu,biru itu nyawamu
🔴🔵

Dayung sudah ditangan,perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat,buruk kata luar muafakat

-cheritha sudah tammat-

Artikel dari : Hafiz Othman

Leave a Reply

Your email address will not be published.