J akan bertemu J perluaskan potensi kerjasama

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan mengadakan kerjasama dengan kelab gergasi Itali,Juventus. Menerusi 1 entry twitter rasmi Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menyatakan, baginda akan ke itali untuk bertemu dengan pemilik kelab Juventus iaitu Keluarga Agnelli, bagi membincangkan potensi kerjasama antara kedua-dua kelab tersebut.

Jika usahasama ini terjalin, ini merupakan kerjasama yang ketiga di eropah selepas Borussia Dortmund dan Valencia CF, selain kerjasama dengan kelab Jepun, Consadole Sapporo.

Diharapkan kerjasama ini akan terus memberikan motivasi buat kelab dan prestasi yang baik buat semua pemain. Tahniah JDT, Tahniah Harimau Selatan.